Assalamualaikum . Pertama sekali buad rakan2 sekalian , saya berharap agar yang ingin saya sampaikan dapat menyedari kita semua .
Seperti yang kita tahu , banyak manusia sekarang sering leka dengan urusan dunia . Saya nak tnya lahh .Kita hidup atas dunia ni sebab apa ?? sebab saja2 ke ? sebab suka2 ke ? tak ! tlong jangan fikir cm tu . Semua tu salah sebab kita dilahirkan di dunia nii untuk bersyukur pada yang Maha Esa kerana kita diberi peluang hidup di muka bumi yang murni ini :-)
Manusia sekarang suka mengejar harta, duniawi semata-mata untuk teruskan hidup . Yaa ! memang betul . Tapi perlukah semua tu klaw kita lupa pada Yang Maha Esa ?? perlukahh wahaii rakan2 sekalian ??!! jika kita nakkan semua tu , perlu ingat ? rezeki Allah yang tentukan . Tapi dengan usaha titik peluh kita juga untuk dapatkan rezeki yang kita inginkan . Jadi , ingatlah apa yang kita lakukan di muka bumi ini ALLAH lihat . Kalau nakkan rezeki yang halal , berterusan .... lakukan kerja dengan ikhlas .. bukan semata-mata dapat pujian dari khalayak ramai . engad tu ?!
Di sini , kata ulama , apabila Allah tidak menghendaki kita lagi :
> Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia
> Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak2
> Allah akan sibukkan kita dengan harta
> Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa
Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan . Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT , dan jika mereka diberi peluang hidup sekali lagi , sudah semestinya mereka memilih tidak lagi bertarung bermati-matian untuk merebut dunia .
Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta , kereta mewah dan rumah besar. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita ?? kenapa ?? kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud ?? Sedangkan solat tahajjud adalah penambah hidayah untuk kita ...
Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-quran sebulan 2 kali . Mengapa kita tidak cemburu akan itu ?? sebab di fikiran kita hanya harta pangkat dan hal duniawi sahaja !!
Ke semua petanda2 ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit , pangkat dan harta mengatasi segalanya. Setiap kali menyambut hari jadi kita sakan hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita , maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.
Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya :-( perlu ingat akan hal itu ? sebab .... dari mana kita datang , dari situ jugalah kita kembali . Sesungguhnya mati itu benar , alam kubur itu benar , pertanyaan munkar dan nakir itu benar , masyhar Allah itu benar , syurga dan neraka itu benar . Marilah kita bekalkan ilmu yang ad di dunia untuk bekalan ke akhirat kelak . InsyaAllah dengan bekalan yang kita bawa nanti akan menjaminkan kita ke syurga nanti . Wallahuallam .
Sekian di sini sahaja coretan saya untuk kali nie . Saya berharap agar semua dapat renungkan kembali . Hidup di dunia hanya sementara sedangkan mati buad selama-lamanya .
No comments:
Post a Comment