Assalamualaikum.. disini saya ingin menceritakan sebuah cerita mengenai DUA biji bata yang senget.. jadi kawan2 tlong ambil iktibar dari kisah ini..
Bermulanya kisah seorang Pak Mamat. Pak Mamat memang mahir dalam hal membina rumah dan pagar berbatu-bata. Boleh dikatakan semua rumah penduduk di kampung itu di bina oleh Pak Mamat.Mereka berpuas hati dengan hasil kerja Pak Mamat kerana dia sangat teliti.
Suatu ketika , dia dipanggil untuk membina semula pagar masjid yang hampir roboh. Satu persatu bata disusun. Beberapa bulan kemudian berdirilah sebuah masjid di kampung itu. Kseluruhannya , Pak Mamat menggunakan 5000 biji bata. Pak Mamat berjalan sambil meneliti hasil kerjanya.Tiba-tiba matanya tertumpu pada dua biji bata yang senget. Pak Mamat kesal, bagaimana dia boleh tidak perasan bata-bata itu senget semasa ia dipasang sedangkan dia selalu teliti dalam kerjanya.
Untuk membetulkannya agak susah kerana semen sudah keras dan kalau nak betulkan juga, dia terpaksa memecahkan beberapa biji bata yang lain.Pak Mamat tidak berpuas hati. Pagar yang dibina selama beberapa bulan itu dirasakan tidak cantik hanya disebabkan dua biji yang senget itu.
Kebetulan Pak Imam lalu di situ ketika itu, ''cantik pagar yang kau bina ni, Mamat'' kata Pak Imam memuji. '' Cantik apanya Pak Imam. Pak Imam nampak tak dua biji bata yang senget tu??'' kata Pak Mamat. ''Ya, aku nampak tapi aku juga nampak 4998 biji bata yang elok tersusun. Di sekeliling 2 biji bata yang senget itu, tersusun indah 4998 biji bata yang elok dan sempurna.''kata Pak Imam sambil tersenyum.
Dalam kehidupan ni , kita sering fokus hanya pada kesalahan dan kesilapan. Hanya sekali buat silap, 1000 kebaikan sebelum itu kita lupakan. Orang yang berpuluh tahun menjadi teman kita bertukar menjadi musuh hanya kerana sekali berselisih pendapat. Suami isteri yang berkahwin bertahun-tahun berpisah kerana pertangkaran sehari. Kita hanya melihat dua biji bata yang senget sedangkan masih banyak lagi bata yang tersusun cantik. Fokuskan pada kebaikan , lupakan kejelekan dengan memberi kemaafan. Memberi kedamaian kepada orang lain beeerti kita memberi kedamaian kepada diri kita sendiri.
Jadinya, kita tak perlu bergaduh sehingga tidak bertegur sapa kerana jika kita tidak menegur antara satu sama lain selama 3 hari. kita diaanggap berdosa. Di sini, saya ingin mengingatkan kepada anda semua bahawa kita harus saling bermaafan kerana maaf adalah amalan mulia.
Sekian di sini sahaja coretan saya untuk kisah ini. Harap apa yang disampaikan menjadi tauladan buat semua rakan sekalian. Akhir sekali , kita haruslah saling bermaaf-maafan supaya hidup dalam keharmonian.
No comments:
Post a Comment