Sunday, 1 February 2015

dahaga SETITIK AIR..

Hai dan Assalamualaikum semua :-)
Kami kembali semula untuk menyampaikan maklumat melalui coretan kami.. Dan bagi coretan kali ini harapnya memberi manfaat dan tauladan kepada kita semua.. InsyaAllah.. :)

Seperti yang kita tahu, hanya Allah yg memberi segalanya pda hambanya. Jadi mengapa kita perlu ingkar suruhannya ?? dan .... perlu ke kita bantah segalanya suruhannya ?? cuba kamu semua fikir jika kita tidak ditakdirkan hidup di dunia ini ,, kita tidak akan merasa hidup di dunia yg indah bagai mentari nii !! 

Kita kat dunia ni dah ckup ke buat amalan untuk kat akhirat kelak ?? kenapa ?? mati lambat lagi ?? mana tau esok lusa DIA tentukan kita mati. Tak sempat nak bertaubat kan ? jadinya , jangan lengahkan msa selagi ada :-) heyy, hidup mati bukan kita yang tentukan.. tpi hanya DIA yg mnentukan sgalanya. Jadi kat sini saya nak kamu semua ambil iktibar dari kisah ini.

Ada seorang gadis mimpi bertemu Rasullulah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Rasullullah bertanya, kamu siapa ? si gadis tersebut menjawab .. saya ANAK YATIM PIATU.. jadinya kamu datang ke mari knpa ? gadis tersebut menjawab saya bermimpi yang ibu saya dimasukkan ke neraka. saya hairan sebab setahu sya , ketika dia masih hidup, segala perintah Allah dia laksanakan dan tidak pernah sekalipun membantah cakap suaminya. Saya lihat hidupnya dalam neraka amat terseksa sekali ! nk jumpa air wlaupun hanya setitik amat susah. Kadang2 api marak mendekatinya dan dia meraung sekuat hati :'( tak de siapa dapat menolongnya. Hanya sepotong keju dan sehelai pakaian  yang dapat melindungi tubuhnya daripada  disambar api neraka ! hanya sepotong keju dan sehelai pakaian sahaja wahai Raullullah :-(.

Aku bertanya kepada ibuku.. apa yg dia lakukan semasa hidup.. ibuku menjawab,, ketika dia hdup, dia amat bakhil :-( dia hanya memberi sepotong keju dan sehelai pakaian kepada anak yatim.. sedangkan yang lain dia hanya menunjuk2 dengan kekayaan yang dia miliki..  

Manakala ayah saya berada di syurga yang hidupnya indah sekali. Sejuk mata saya melihat ayah saya yg hidupnya serba lengkap berbanding ibu saya. Dia menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari tenaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. ''Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab api neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia dia amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab ayahnya.

''Sesungguhnya beliau dan semua penghuni dilarang oleh  Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dia lakukan kat dunia''. Begitulah ceritanya wahaii Rasullulah.

Jadi, kamu dah baca apa yang saya ceritakan di atas ? dapat menghayatinya tak ? sedih tak ? macam2 rasa bila baca kan ?.. Semua tu untuk iktibar dari kita semua. haa !! hidup kita kat dunia hanya sementara. Allah akan kembalikan kita dari mana datangnya kita. Bersedekahlah, berzikirlah untuk Sang Maha Pencipta ! mengapa perlu kejar kekayaan sedangkan ilmu dan amalan untuk bekalan di akhirat belum cukup ?? 

Untuk pengetahuan semua. Ada 3 hal dalam hidup yang tak boleh kembali. Waktu , kata-kata dan kesempatan. Sebelum terlambat , jadilah manusia yang berguna dan diletakkan di tempat orang2 yang beriman.

Akhir sekali, pengajarannya ialah janganlah kita selalu kejar kekayaan, kemewahan yang ada di dunia jika amalan untuk Sang Pencipta belum cukup! bersedekahlah selagi kita mampu untuk menolong orang yang memerlukan pertolongan. Tak perlu menunjuk2 dengan pemberian yang kita berikan kerana ia dikategorikan seorang yang riak ! hanya keikhlasan yang penting dalam segala hal kita lakukan dalam dunia nii..




No comments:

Post a Comment