Assalamualaikum ... ikuti kisah ini dengan selanjutnya ... hayati betul2 taw .. :-)
Para Malaikat menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka jahannam.
Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan ; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya. Dia terus menjerit-jerit namun tiada seorang pun daripada mereka akan membantunya.
Para malaikat Jahanam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka. Dia menoleh kebelakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat.....
Tidak ! Rasullullah SAW pernah berkata ; ''Bagaimana bersih seseorang yang mandi disungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"
Dia mula menjerit ;
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"
Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ketepi jurang nereka . Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya. Dia menoleh kebelakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal dalam dirinya.
Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahanam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api. Dia sedang melayang jatuh selama 70tahun kedalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya dirais oleh satu lengan .
Dia ditarik kembali keatas .
Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan jangut putih yang panjang . Kelihatannya lelaki itu sangat daif . Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,
"Siapakah anda?"
Orang tua itu menjawab,
"Saya solat anda"
"Mengapa kamu begitu lewat ! Saya telah terjunam kedalam neraka ! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur ."
Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya, "Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir !!!"
Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada dalam kebasahan akibat berpeluh . Dia mendengar suara yang datang dari luar . Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat isyak . Dia bangun denga cepat dan pergi mengambil wuduk . Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi . Dia sedar kesalahannya kini . Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar .
Kesimpulannya , kita haruslah tidak melengah-lengahkan waktu solat walaupon ketika itu sedang mengurus urusan dunia. Walaupon urusan dunia penting di mata kita, tetapi di mata Allah lebih penting solatnya ! Jadi, janganlah abaikan solat kerana ia lebih penting daripada urusan dunia. Janganlah jadi manusia yang serba rugi dengan masa hidup kita kerana hanya mengejar duniawi semata-mata.
Sekian wasalam dari kami bertiga untuk kisah ini. Kami berharap agar anda semua dapat menunaikan solat di awal waktu.
No comments:
Post a Comment