Saturday, 28 February 2015

Urusan DUNIA untuk siapa ???!!!

Assalamualaikum . Pertama sekali buad rakan2 sekalian , saya berharap agar yang ingin saya sampaikan dapat menyedari kita semua .

Seperti yang kita tahu , banyak manusia sekarang sering leka dengan urusan dunia . Saya nak tnya lahh .Kita hidup atas dunia ni sebab apa ?? sebab saja2 ke ? sebab suka2 ke ? tak ! tlong jangan fikir cm tu . Semua tu  salah sebab kita dilahirkan di dunia nii untuk bersyukur pada yang Maha Esa kerana kita diberi  peluang hidup di muka bumi yang murni ini :-)

Manusia sekarang suka mengejar harta, duniawi semata-mata untuk teruskan hidup . Yaa ! memang betul . Tapi perlukah semua tu klaw kita lupa pada Yang Maha Esa ?? perlukahh wahaii rakan2 sekalian ??!! jika kita nakkan semua tu , perlu ingat ? rezeki Allah yang tentukan . Tapi dengan usaha titik peluh kita juga untuk dapatkan rezeki yang kita inginkan . Jadi , ingatlah apa yang kita lakukan di muka bumi ini ALLAH lihat . Kalau nakkan rezeki yang halal , berterusan .... lakukan kerja dengan ikhlas .. bukan semata-mata dapat pujian dari khalayak ramai . engad tu ?!

Di sini , kata ulama , apabila Allah tidak menghendaki kita lagi :
> Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia
> Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak2
> Allah akan sibukkan kita dengan harta
> Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa

Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan . Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT , dan jika mereka diberi peluang hidup sekali lagi , sudah semestinya mereka memilih tidak lagi bertarung bermati-matian untuk merebut dunia .

Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta , kereta mewah dan rumah besar. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita ?? kenapa ?? kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud ?? Sedangkan solat tahajjud adalah penambah hidayah untuk kita ...

Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-quran sebulan 2 kali . Mengapa kita tidak cemburu akan itu ?? sebab di fikiran kita hanya harta pangkat dan hal duniawi sahaja !!

Ke semua petanda2 ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit , pangkat dan harta mengatasi segalanya. Setiap kali menyambut hari jadi kita sakan hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita , maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya :-( perlu ingat akan hal itu ? sebab .... dari mana kita datang , dari situ jugalah kita kembali . Sesungguhnya mati itu benar , alam kubur itu benar , pertanyaan munkar dan nakir itu benar , masyhar Allah itu benar , syurga dan neraka itu benar . Marilah kita bekalkan ilmu yang ad di dunia untuk bekalan ke akhirat kelak . InsyaAllah dengan bekalan yang kita bawa nanti akan menjaminkan kita ke syurga nanti . Wallahuallam .

Sekian di sini sahaja coretan saya untuk kali nie . Saya berharap agar semua dapat renungkan kembali . Hidup di dunia hanya sementara sedangkan mati buad selama-lamanya .

Thursday, 19 February 2015

AKIBAT SOLAT DI HUJUNG-HUJUNG WAKTU

Assalamualaikum ... ikuti kisah ini dengan selanjutnya ... hayati betul2 taw .. :-)

Para Malaikat menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka jahannam.

Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan ; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya. Dia terus menjerit-jerit namun tiada seorang pun daripada mereka akan membantunya.

Para malaikat Jahanam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka. Dia menoleh kebelakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat.....
Tidak ! Rasullullah SAW pernah berkata ; ''Bagaimana bersih seseorang yang mandi disungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"
Dia mula menjerit ;
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"
Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ketepi jurang nereka . Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya. Dia menoleh kebelakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahanam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api. Dia sedang melayang jatuh selama 70tahun kedalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya dirais oleh satu lengan .
Dia ditarik kembali keatas .
Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan jangut putih yang panjang . Kelihatannya lelaki itu sangat daif . Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,
"Siapakah anda?"
Orang tua itu menjawab,
"Saya solat anda"
"Mengapa kamu begitu lewat ! Saya telah terjunam kedalam neraka ! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur ."

Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya, "Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir !!!"

Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada dalam kebasahan akibat berpeluh . Dia mendengar suara yang datang dari luar . Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat isyak . Dia bangun denga cepat dan pergi mengambil wuduk . Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi . Dia sedar kesalahannya kini . Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar .

Kesimpulannya , kita haruslah tidak melengah-lengahkan waktu solat walaupon ketika itu sedang mengurus urusan dunia. Walaupon urusan dunia penting di mata kita, tetapi di mata Allah lebih penting solatnya ! Jadi, janganlah abaikan solat kerana ia lebih penting daripada urusan dunia. Janganlah jadi manusia yang serba rugi dengan  masa hidup kita kerana  hanya mengejar duniawi semata-mata.

Sekian wasalam dari kami bertiga untuk kisah ini. Kami berharap agar anda semua dapat menunaikan solat di awal waktu.


Wednesday, 18 February 2015

DUA biji bata yang senget !!

Assalamualaikum.. disini saya ingin menceritakan sebuah cerita mengenai DUA biji bata yang senget.. jadi kawan2 tlong ambil iktibar dari kisah ini..

Bermulanya kisah seorang Pak Mamat. Pak Mamat memang mahir dalam hal membina rumah dan pagar berbatu-bata. Boleh dikatakan semua rumah penduduk di kampung itu di bina oleh Pak Mamat.Mereka berpuas hati dengan hasil kerja Pak Mamat kerana dia sangat teliti.

Suatu ketika , dia dipanggil untuk membina semula pagar masjid yang hampir roboh. Satu persatu bata disusun. Beberapa bulan kemudian berdirilah sebuah masjid di kampung itu. Kseluruhannya , Pak Mamat menggunakan 5000 biji bata. Pak Mamat berjalan sambil meneliti hasil kerjanya.Tiba-tiba matanya tertumpu pada dua biji bata yang senget. Pak Mamat kesal, bagaimana dia boleh tidak perasan bata-bata itu senget semasa ia dipasang sedangkan dia selalu teliti dalam kerjanya.

Untuk membetulkannya agak susah kerana semen sudah keras dan kalau nak betulkan juga, dia terpaksa memecahkan beberapa biji bata yang lain.Pak Mamat tidak berpuas hati. Pagar yang dibina selama beberapa bulan itu dirasakan tidak cantik hanya disebabkan dua biji yang senget itu.

Kebetulan Pak Imam lalu di situ ketika itu, ''cantik pagar yang kau bina ni, Mamat'' kata Pak Imam memuji. '' Cantik apanya Pak Imam. Pak Imam nampak tak dua biji bata yang senget tu??'' kata Pak Mamat. ''Ya, aku nampak tapi aku juga nampak 4998 biji bata yang elok tersusun. Di sekeliling 2 biji bata yang senget itu, tersusun indah 4998 biji bata yang elok dan sempurna.''kata Pak Imam sambil tersenyum.

Dalam kehidupan ni , kita sering fokus hanya  pada kesalahan dan kesilapan. Hanya sekali buat silap, 1000 kebaikan sebelum itu kita lupakan. Orang yang berpuluh tahun menjadi teman kita bertukar menjadi musuh hanya kerana sekali berselisih pendapat. Suami isteri yang berkahwin bertahun-tahun berpisah kerana pertangkaran sehari. Kita hanya melihat dua biji bata yang senget sedangkan masih banyak lagi bata yang tersusun cantik. Fokuskan pada kebaikan , lupakan kejelekan dengan memberi kemaafan. Memberi  kedamaian kepada orang lain beeerti kita memberi kedamaian kepada diri kita sendiri.

Jadinya, kita tak perlu bergaduh sehingga tidak bertegur sapa kerana jika kita tidak menegur antara satu sama lain selama 3 hari. kita diaanggap berdosa. Di sini, saya ingin mengingatkan kepada anda semua bahawa kita harus saling bermaafan kerana maaf adalah amalan mulia.

Sekian di sini sahaja coretan saya untuk kisah ini. Harap apa yang disampaikan menjadi tauladan buat semua rakan sekalian. Akhir sekali , kita haruslah saling bermaaf-maafan supaya hidup dalam keharmonian.

Sunday, 1 February 2015

dahaga SETITIK AIR..

Hai dan Assalamualaikum semua :-)
Kami kembali semula untuk menyampaikan maklumat melalui coretan kami.. Dan bagi coretan kali ini harapnya memberi manfaat dan tauladan kepada kita semua.. InsyaAllah.. :)

Seperti yang kita tahu, hanya Allah yg memberi segalanya pda hambanya. Jadi mengapa kita perlu ingkar suruhannya ?? dan .... perlu ke kita bantah segalanya suruhannya ?? cuba kamu semua fikir jika kita tidak ditakdirkan hidup di dunia ini ,, kita tidak akan merasa hidup di dunia yg indah bagai mentari nii !! 

Kita kat dunia ni dah ckup ke buat amalan untuk kat akhirat kelak ?? kenapa ?? mati lambat lagi ?? mana tau esok lusa DIA tentukan kita mati. Tak sempat nak bertaubat kan ? jadinya , jangan lengahkan msa selagi ada :-) heyy, hidup mati bukan kita yang tentukan.. tpi hanya DIA yg mnentukan sgalanya. Jadi kat sini saya nak kamu semua ambil iktibar dari kisah ini.

Ada seorang gadis mimpi bertemu Rasullulah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Rasullullah bertanya, kamu siapa ? si gadis tersebut menjawab .. saya ANAK YATIM PIATU.. jadinya kamu datang ke mari knpa ? gadis tersebut menjawab saya bermimpi yang ibu saya dimasukkan ke neraka. saya hairan sebab setahu sya , ketika dia masih hidup, segala perintah Allah dia laksanakan dan tidak pernah sekalipun membantah cakap suaminya. Saya lihat hidupnya dalam neraka amat terseksa sekali ! nk jumpa air wlaupun hanya setitik amat susah. Kadang2 api marak mendekatinya dan dia meraung sekuat hati :'( tak de siapa dapat menolongnya. Hanya sepotong keju dan sehelai pakaian  yang dapat melindungi tubuhnya daripada  disambar api neraka ! hanya sepotong keju dan sehelai pakaian sahaja wahai Raullullah :-(.

Aku bertanya kepada ibuku.. apa yg dia lakukan semasa hidup.. ibuku menjawab,, ketika dia hdup, dia amat bakhil :-( dia hanya memberi sepotong keju dan sehelai pakaian kepada anak yatim.. sedangkan yang lain dia hanya menunjuk2 dengan kekayaan yang dia miliki..  

Manakala ayah saya berada di syurga yang hidupnya indah sekali. Sejuk mata saya melihat ayah saya yg hidupnya serba lengkap berbanding ibu saya. Dia menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari tenaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. ''Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab api neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia dia amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab ayahnya.

''Sesungguhnya beliau dan semua penghuni dilarang oleh  Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dia lakukan kat dunia''. Begitulah ceritanya wahaii Rasullulah.

Jadi, kamu dah baca apa yang saya ceritakan di atas ? dapat menghayatinya tak ? sedih tak ? macam2 rasa bila baca kan ?.. Semua tu untuk iktibar dari kita semua. haa !! hidup kita kat dunia hanya sementara. Allah akan kembalikan kita dari mana datangnya kita. Bersedekahlah, berzikirlah untuk Sang Maha Pencipta ! mengapa perlu kejar kekayaan sedangkan ilmu dan amalan untuk bekalan di akhirat belum cukup ?? 

Untuk pengetahuan semua. Ada 3 hal dalam hidup yang tak boleh kembali. Waktu , kata-kata dan kesempatan. Sebelum terlambat , jadilah manusia yang berguna dan diletakkan di tempat orang2 yang beriman.

Akhir sekali, pengajarannya ialah janganlah kita selalu kejar kekayaan, kemewahan yang ada di dunia jika amalan untuk Sang Pencipta belum cukup! bersedekahlah selagi kita mampu untuk menolong orang yang memerlukan pertolongan. Tak perlu menunjuk2 dengan pemberian yang kita berikan kerana ia dikategorikan seorang yang riak ! hanya keikhlasan yang penting dalam segala hal kita lakukan dalam dunia nii..